Lana Berkongsi Gambar Anak DiLaman Instagram
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan 'menyembunyikan' wajah anak kesayangan, akhirnya aktres Lana Nodin berkongsi paras si comel, Gia quinn Mckienzie secara rasmi menerusi laman Instagram.
Gia dilahirkan Januari lalu hasil perkongsian hidupnya dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie Mei tahun lalu. Selama ini, pelakon filem Chow Kit itu memilih untuk tidak menunjukkan wajah anak perempuannya itu, sehingga memuat naik gambar terbaharu Gia, semalam.
"Anak perempuan cantik kesayangan saya," tulis Lana di laman Instagramnya di bawah gambar Gia. Beberapa minit lalu pula, Lana memuat naik satu lagi foto mereka sekeluarga sambil mengucapkan Selamat Hari Raya. Lana, ketika dihubungi, menjelaskan dia kini berada di Malaysia untuk tempoh singkat. Sebelum kembali ke AS, Lana sekeluarga akan terbang ke Singapura.
BhOnline

No comments
Post a Comment