Terkini

"Taksub" Pokemon Go, Cakra Khan DiTipu 1juta Rupiah

JAKARTA – Penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan mengaku dirinya sebagai seorang penggila permainan video, termasuk Pokemon Go yang menjadi fenomena ketika ini di seluruh dunia.

"Taksub" Pokemon Go, Cakra Khan DiTipu 1juta Rupiah
Cakra Khan

Gara-gara ketagih permainan sensasi itu, Cakra mengaku tertipu hingga sejuta rupiah (kira-kira RMM311) akibat gagal mengawal nafsu apabila sanggup membeli mana-mana akaun yang memiliki paras mata tertinggi.

“Jadi kelmarin, sebelum saya memakai akaun saya yang ini, saya ada memiliki satu lagi akaun yang levelnya cukup tinggi, saya pun beli akaun itu. Saya percaya sahaja, saya positif dan menolak su-ud-zon (bersangka buruk).

“Setelah saya transfer wang, eh ternyata kabur orangnya,” kata jejaka Muslim yang berusia 24 tahun itu ketika ditemui akhbar berpengaruh Kompas di Gedung Menara Prima, Kuningan Timur, Jakarta Selatan pada Selasa.

Pokemon Go yang dilancarkan pada 6 Julai lalu memerlukan pengguna menjadikan gajet pintar untuk mencari raksasa dan banyak kes dilaporkan di seluruh dunia apabila pemain ketagih atau menceroboh kawasan larangan.

"Taksub" Pokemon Go, Cakra Khan DiTipu 1juta Rupiah

“Ya sudahlah, jadikanlah kes saya ini sebagai contoh yang buruk,” sambung beliau atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman yang berasal dari Pangandaran, Jawa Barat dan berasa cukup kesal ekoran peristiwa hitam itu.

Pelantun lagu popular Harus Terpisah itu bagaimanapun tidak pula berhasrat melaporkan insiden penipuan tersebut kepada pihak polis tempatan walhal beliau tahu penipunya itu masih lagi tinggal di sekitar Jakarta.

“Kalau penjenayah berkenaan mungkin orang Jakarta. Cuma ya sudahlah mungkin juga dia susah hidup tidak punya duit cukup buat ‘jajan’ untuk menanggung ahli keluarganya sendiri,” terang Cakra Khan lagi secara ikhlas.

Susulan peristiwa malang yang tidak dijangka tersebut, artis daripada suku Sunda itu turut menyampaikan nasihat kepada masyarakat terutama para peminat Pokemon Go untuk lebih berhati-hati terhadap kes penipuan.

“Ya semoga hati-hati semuanya, kalau punya game tuh usahakan jangan pakai duit untuk naik level secara cepat tetapi teruskan sahaja mengikut kemampuan diri sendiri,” kata Cakra Khan. – Agensi

No comments