"Diganggu" Jurufoto Punca Terbitnya Video "Henjut" Terlampau - Kak Mawar
Dek kerana tersebarnya video "henjut" yang over tu, Kak Mawar teruk menerima kecaman dan kritikan netizen yang menyifatkan usahawan produk kecantikan itu sudah melampau.
Gara-gara itu juga Kak Mawar kini hangat diperkatakan seluruh rakyat Malaysia.
Semuanya bermula selepas wanita pertengahan usia itu muncul dalam dua video pengiklanan produk yang penuh sensasi dan berunsurkan lucah.
Apa tidaknya, dalam video tersebut, Kak Mawar tanpa segan silu memaparkan aksi berahinya dan mengungkapkan kata-kata tidak senonoh.
Menyedari kesilapan yang dilakukan, Kak Mawar akhirnya tampil dalam satu video membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menurut Kak Mawar, kata-kata lucah itu terkeluar dari mulutnya selepas diganggu oleh jurugambar.
“Saya Mawar, saya nak minta ampun, minta maaf sebab hari itu rakaman ada salah cakap… sebab hari itu saya diganggu oleh fotographer.
“Saya mohon maaf banyak-banyak dengan perkataan beromen, suami geram, nasi lemak. Memang diorang kacau saya,” katanya.
Jelas Kak Mawar, tujuan permohonan maaf itu dibuat juga bagi membetulkan kesilapan yang dilakukan pada rakaman lalu.
Pada masa sama, Kak Mawar mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia.
Walaupun melakukan kesalahan, Kak Mawar nampaknya tidak malu untuk memohon kemaafan dan sewajarnya permohonan maaf itu diterima.
Sememangnya semua manusia pernah melakukan kesalahan, walau bagaimanapun diharap Kak Mawar insaf bahawa apa yang dilakukannya dalam video yang kini menjadi viral, adalah melampaui batas bagi seorang wanita Islam.
Sumber: Facebook Kaki Share

No comments
Post a Comment