Terkini

Dilanggar Burung, Enjin Pesawat EasyJet Hilang Bekalan Kuasa

PENERBANGAN EasyJet dari Liverpool ke Sepanyol terpaksa dilencongkan selepas pesawat itu terkena burung yang kemudiannya tersangkut pada enjin.

Dilanggar Burung, Enjin Pesawat EasyJet Hilang Bekalan Kuasa

Insiden itu berlaku sebaik sahaja penerbangan EZY7179 berlepas ke Malaga pada Khamis lalu, yang membawa 179 penumpang dan enam anak kapal.

Menurut laman web AeroInside, enjin kiri pesawat terkena burung menyebabkan ia kehilangan bekalan kuasa.

Seorang jurucakap EasyJet berkata: "EasyJet mengesahkan juruterbang bagi penerbangan EZY7179 dari Liverpool ke Malaga mengambil keputusan untuk melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Gatwick di London selepas pesawat terkena burung.

"Ia kemudiannya meneruskan penerbangan dengan menggunakan pesawat lain pada hari sama.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal merupakan keutamaan EasyJet dan penerbangannya perlu mengikuti segala garis panduan," katanya. - Mail Online

No comments