Terkini

Identiti Mangsa Kes Tembak Di Setapak DiKenal Pasti

Seorang lelaki mati ditembak mati ketika memandu di Danau Kota, Setapak, di sini, petang tadi.Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang.

Identiti Mangsa Kes Tembak Di Setapak DiKenal Pasti


Pada masa ini, suasana di lokasi kejadian agak tegang selepas ahli keluarga mangsa cuba merempuh kawalan dan halangan polis untuk melihat mayat mangsa dikenali sebagai Kanna

Sebelumnya pada artikel bernama yang bersumber KDN diterbitkan pada tahun 2014 mendedahkan tiga nama kepala setiap tiga kumpulan 04.08.36 yang masih aktif di kawasan masing masing.

Dalam nama nama tersebut kanna (cendol kanna) termasuk salah seorang kepala kumpulan kongsi gelap itu.

Polis tidak menolak kemungkinan kejadian pengurup wang yang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini, hari ini, ada elemen kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata: “Hasil maklumat polis mendapati latar belakang mangsa ada terbabit dengan kegiatan kongsi gelap.

Identiti Mangsa Kes Tembak Di Setapak DiKenal Pasti

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk minum bersama anak saudaranya di Setapak Sentral dan polis akan melihat secara keseluruhan aktiviti dan perniagaan mengurup wang mangsa.

Sebanyak 18 tembakan dilepaskan dua daripada empat lelaki bermotosikal mengakibatkan mangsa berumur 43 tahun yang memandu kereta Honda Accord, maut serta-merta, kira-kira 3.35 petang.

Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai 18 kelongsong peluru jenis 9mm dipercayai digunakan ketika kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, ada 12 kesan tembakan pada cermin sebelah kiri dan empat pada cermin kanan kereta.

“Mangsa yang terkena 10 tembakan cedera parah di kepala, badan serta paha meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, pengurup wang itu baru dua minggu membeli kereta selepas mendapati ada pihak mengekorinya.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lalu, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.

“Baru dua minggu dia beli kereta Honda Accord itu. Dia tukar kereta selepas mendapati ada pihak memantau pergerakannya,” katanya.

No comments