Terkini

Banjir Paling Teruk Dalam Tempoh 150 Tahun

Norway dilanda ribut dan banjir terburuk dalam tempoh 150 tahun.

Banjir Paling Teruk Dalam Tempoh 150 Tahun

Sebahagian kawasan di barat dan selatan negara itu ditenggelami air setelah ribut 'Synne' melanda, hujung minggu lepas.

Banjir kilat di Feda dan Rogaland menyebabkan kediaman dan harta benda musnah.

Air sungai melimpahi tebing, menenggelamkan kebanyakan rumah di kawasan berhampiran.

Banjir turut menyebabkan bekalan elektrik terputus, dan menjejaskan penggunaan telefon bimbit.

Operasi bantuan juga mengalami kesukaran apabila kebanyakan jalan raya terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dicatatkan.

No comments