wanita mencuri kenderaan mewah
PETALING JAYA – Seorang wanita adalah antara dua individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat mencuri kenderaan mewah bernilai lebih RM100,000 di Taman Saujana Puchong, Puchong pada Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Lee Swee Meng berkata wanita berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Kuchai Maju bersama sebuah kereta BMW.
Beliau berkata suspek mengaku kereta berkenaan adalah miliknya yang diberikan seorang kenalan.
“Hasil soal siasat ke atas wanita berkenaan membawa pula kepada tangkapan seorang lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri pada hari yang sama,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hari ini.
Lee berkata polis turut menemui pelbagai jenis ketulan dan pil dipercayai dadah dalam beg silang milik lelaki berusia 51 tahun itu.
Selain itu kereta berkenaan didapati menggunakan nombor cukai jalan bukan asal manakala nombor pendaftarannya adalah palsu.
Turut dirampas ialah beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk mencuri kenderaaan seperti spanar, playar, gunting dan pemutar skru.
Kedua-duanya ditahan reman selama lima hari sehingga Khamis ini. – BERNAMA
Gambar Hiasan |

No comments
Post a Comment