"Dia meyakinkan saya untuk menghantar empat keping gambar bogel" kata gadis itu
KUALA LUMPUR: Dua gadis diyakinkan bahawa mereka akan menjadi model ternama apabila menerima pelawaan oleh seorang jurugambar yang mahu menghantar gambar mereka ke agensi model berwibawa.
Tetapi ternyata jurugambar itu hanya memerangkap mereka, malah telah berjaya mendapatkan gambar bogel salah seorang daripada mangsa.
Mangsa dan suspek, yang dikenali sebagai 'Amy Chen' hanya berhubung melalui WhatsApp dan tidak pernah bercakap melalui telefon atau bertemu secara peribadi.
Amy juga telah menunjukkan surat pengesahan agensi itu untuk menyokong tindakannya.
Seorang mangsa berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata dia melihat tawaran pekerjaan dalam kumpulan WhatsApp dan telah menghubungi Amy.
Dia diberitahu bahawa agensi itu sedang mencari model untuk sesi penggambaran bikini.
"Dia meyakinkan saya untuk menghantar empat keping gambar bogel.
"Saya juga melihat surat pengesahan agensi model dalam mesej WhatsApp itu. Saya tahu agensi itu terkenal di Malaysia," katanya di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini, Isnin.
Lee berkata seperti dijanjikan, dia hadir untuk sesi penggambaran di sebuah hotel pada 6 Disember tetapi Amy tidak dapat dihubungi. Panggilan yang dibuat telah diputuskan.
Pada masa itu, barulah dia sedar bahawa dia telah ditipu.
Bagaimanapun, seorang model sambilan yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, 23, mengesyaki bahawa ia mungkin satu perangkap.
"Saya menerima jemputan melalui WhatsApp untuk penggambaran yang sama daripada seseorang yang dikenali sebagai 'Kak Aini. Saya juga menghantar gambar profil saya kepada Amy," katanya.
Selepas itu, Goh berkata dia diminta untuk menghantar gambar dirinya dua jam sebelum penggambaran.
Dia memutuskan untuk terus menghubungi agensi dan terkejut apabila diberitahu bahawa mereka tidak pernah meminta gambar daripadanya.
Pengarah ML Dodel Sdn Bhd Nicholas Chan berkata agensi itu telah dipergunakan apabila bekerjasama dengan Amy kerana percayakan dirinya sebagai 'orang dalam industri peragaan'.
Katanya agensi itu juga telah berhubung dengan Amy melalui WhatsApp dan e-mel.
"Amy telah menawarkan diri untuk menjadi jurugambar untuk model kami dan kami memberikan empat gambar model kepada Amy. Kami juga menghantarnya kepadanya surat pengesahan," katanya.
Chan berkata, beliau dimaklumkan mengenai penipuan itu apabila Goh menghubungi agensi itu pada 7 Disember.
Agensi dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 10 Disember.
Ketua Jabatan Datuk Seri Michael Chong berkata, polis sedang menyiasat kes itu
-mstar
Lee menunjukkan salah satu gambar yang pernah dihantar kepada jurukamera bernama Amy. |

No comments
Post a Comment