Inilah Buaya Pemangsa Yang Membaham Pelancong Rusia
JAKARTA - Seorang pelancong maut dibaham buaya ketika menyelam di perairan di Indonesia, lapor Metro.uk
Mayat Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, timur negara itu yang bersempadan dengan Papua New Guinea.
Buaya air masin itu dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki berkenaan pada Selasa.
"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto.
Mangsa dilaporkan hilang sehari selepas menyelam di sekitar pulau Minyaifun bersendirian, walaupun kebiasannya dia akan menyelam bersama rakan.
Ketika ditemui, Lykhvar kehilangan tangan dan mempunyai kesan gigitan pada pahanya.
"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto.
Serangan buaya air masin di Indonesia dan Australia dianggap amat berbahaya dan kebiasaanya buaya jantan mampu membesar sehingga lebih lima meter (16 kaki) panjang.
SinarHarian
Inilah Buaya Pemangsa Yang Membaham Pelancong Rusia |
Mayat Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, timur negara itu yang bersempadan dengan Papua New Guinea.
Buaya air masin itu dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki berkenaan pada Selasa.
"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto.
Sergey Lykhvar |
Ketika ditemui, Lykhvar kehilangan tangan dan mempunyai kesan gigitan pada pahanya.
"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto.
Serangan buaya air masin di Indonesia dan Australia dianggap amat berbahaya dan kebiasaanya buaya jantan mampu membesar sehingga lebih lima meter (16 kaki) panjang.
SinarHarian
No comments
Post a Comment