Terkini

Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1

KUALA LUMPUR: Rakyat Johor berpeluang untuk memiliki rumah bernilai di bawah RM100,000 seunit yang dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim dengan pembayaran deposit serendah RM1.

Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1
Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1

Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.

Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata bank itu memperuntukkan sebanyak RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Rakyat Johor Berpeluang Miliki Rumah Dengan Deposit RM1

"Pembeli hanya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. - BERNAMA

No comments