Terkini

Tak Senonoh..Aksi Lelaki Kencing Sambil Berniaga Dirakam

PENGOTOR – itu yang boleh dikatakan terhadap video yang dirakam pengunjung Pasar Kedai Lalat, Kelantan lalu dikongsikan di Facebook ini.

Tak Senonoh..Aksi Lelaki Kencing Sambil Berniaga Dirakam

Bagi orang Kelantan, pasar Kota Jembal atau Kedai Lalat tak asing lagi buat mereka kerana pelbagai barangan boleh dibeli di sana daripada pakaian hinggalah aneka makanan.

Bagaimanapun di sebalik barisan penjual makanan yang berderet dan pengunjung lalu lalang, salah seorang peniaga dikesan melakukan perbuatan kotor lagi menjijikkan.

Tak Senonoh..Aksi Lelaki Kencing Sambil Berniaga Dirakam

Video yang kini tersebar di laman sosial, menunjukkan seorang penjual kuih dan air bertindak membuang air kecil secara berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Selepas selesai, air kencingnya itu yang hanya ditadah menggunakan beg plastik kemudian disangkut di gerainya sahaja. Sesiapa pun tentu kembang tekak menonton rakaman ini bukan?


Diharapkan majlis perbandaran atau pihak yang berkenaan dapat melakukan sesuatu bagi memantau tahap kebersihan peniaga makanan di sana apatah lagi pasar Kedai Lalat antara lokasi yang turut jadi tumpuan pelancong apabila berkunjung ke negeri Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

No comments