Terkini

VIDEO : Usaha Menyelamat Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding

Shaoyang, China – Seorang budak lelaki menahan sakit lebih sejam selepas terperangkap dalam celah tembok sempit berhampiran kediamannya, di sini.

VIDEO : Usaha Menyelamat Kanak-kanak Tersepit Celah Dinding
Lebih Sejam Kanak-kanak Ini Tersepit Di Celah Dinding Sebelum Diselamatkan


Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu dilaporkan tersepit selepas masuk ke dalam celah antara tembok konkrit dan batu-bata.

Satu rakaman video dirakam penduduk memaparkan kanak-kanak itu menangis dan cuba dipujuk ibunya.

“Jangan bergerak dan jangan menangis. Kami akan mengeluarkan kamu tidak lama lagi,” kata ibu kanak-kanak itu.


Beberapa penduduk cuba menarik kanak-kanak itu keluar, tetapi dia menjerit lebih kuat kerana kesakitan.

Selepas beberapa kali mencuba, keluarga kanak-kanak itu menghubungi bomba.

Bomba yang datang tidak lama selepas itu mengambil keputusan menebuk lubang di dinding berkenaan.

Selepas sejam mereka akhirnya berjaya mengeluarkan kanak-kanak itu dengan selamat.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, di sini dan hanya dirawat akibat calar pada badan. – Agensi/myMetro Online

No comments