Terkini

Anda Pernah Dengar Ayam Jantan Bertelur??

SEGAMAT - Seorang lelaki di Bukit Siput, di sini, terkejut selepas mendapati ayam jantan yang dipeliharanya sejak beberapa tahun lalu, bertelur sebesar guli, dalam kejadian petang kelmarin.

Anda Pernah Dengar Ayam Jantan Bertelur??
Md Shamshir Mustaffar Menunjukkan Telur Ayam Jantan Yang Bersaiz Sebesar Guli

Md Shamshir Mustaffar, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang selepas pulang daripada bekerja apabila mendapati ayam jantannya yang digelar ‘Hero’ itu tidak berkokok sebaliknya berketak seperti ayam betina.

“Saya kemudian ke reban yang terletak berhampiran rumah dan melihat Hero sedang duduk di dalam kotak yang dijadikan tempat ayam betina bertelur dan melihatnya seolah-olah sedang mengeram sesuatu.

“Saya kemudian memeriksanya dan terkejut apabila mendapati sebiji telur ayam bersaiz biji gula berada di bawahnya dalam keadaan panas seperti baru sahaja bertelur,” katanya.

Menurutnya, Hero juga bertindak agresif apabila cuba hendak mematuk tangannya apabila telur tersebut dialihkan sebelum dia memberitahu kejadian berkenaan kepada jiran dan rakannya yang tinggal berhampiran.

Md Shamshir berkata, dia juga sempat menggoncang telur tersebut dan terdengar bunyi cairan serta berasa sedikit teruja kerana tidak pernah mengalami peristiwa tersebut sepanjang hidupnya sebelum ini.

“Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian mistik kerana percaya ini adalah kebesaran ALLAH SWT. Tambahan pula, Hero ayam kacukan antara ayam hutan dan ayam kampung.

“Saya tidak bercadang untuk menjual atau mengapa-apakan telur tersebut selain membiarkan Hero mengeramnya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
Lelaki terkejut ayam jantan peliharaan bertelur

No comments