Terkini

"Korban" Terbaharu Pokemon Go, Wanita DiLanggar Lari

SYDNEY – Permainan video popular, Pokemon Go terus ‘menelan korban’ baharu apabila seorang wanita maut dilanggar lari sebaik sahaja selesai bermain permainan itu bersama rakannya di Melbourne, kelmarin.

"Korban" Terbaharu Pokemon Go, Wanita DiLanggar Lari

Mangsa, Tanami Nayler, 22, diseret sejauh 70 meter ketika sedang melintas di laluan pejalan kaki dan pemandu kereta ber-kenaan didakwa memandu selaju 100 kilometer sejam di zon had laju 60 kilometer sejam.

Menurut portal Mail Online, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, mangsa dan rakannya dilaporkan selesai memburu karakter raksasa Pokemon Go dan mahu membeli makanan di kedai berhampiran.

Difahamkan, mangsa tidak memegang telefon bimbit apabila dilanggar oleh kereta jenis Toyota Corolla yang dipercayai dicuri dan pemandunya, Nicholas Michael Davison melanggar lampu merah sebelum melanggar pokok dan tiang.

Rakan Nayler yang tidak dinamakan, tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu terbabit yang berasal dari New Zealand kemudiannya ditahan dan didakwa memandu secara berbahaya, mencuri, me-langgar lampu merah dan langgar lari.

Pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes itu, Inspektor Stuart McGregor menyifatkan tragedi tersebut sebagai menyedihkan kerana mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

“Mangsa berjalan di laluan yang betul tetapi maut gara-gara sikap orang lain. Suspek berdepan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah,” katanya.

UtusanOnline

No comments