Terkini

Pemandu Teksi Baling Telur Kepada Gadis DiSangka Pemandu Uber

SEORANG gadis meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir pemandu teksi yang bertindak biadap apabila menyangka dia merupakan pemandu Uber.

Pemandu Teksi Baling Telur Kepada Gadis DiSangka Pemandu Uber

Menerusi luahan di laman sosial Facebook, Sau Mun mendedahkan perbuatan pemandu teksi membaling telur ke keretanya ketika dia mengambil seorang rakan berbangsa Melayu di Stesen LRT Kelana Jaya baru-baru ini.

“Saya mengambil rakan Alya Zulaikha dari stesen LRT Kelana Jaya pada satu pagi sebab ada perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah menengah di Paradigm Mall. Sebaik sahaja dia sampai ke kereta saya, seorang lelaki tegap beruniform putih dan seluar slack hitam datang menjerit ke arah saya dan rakan saya itu tanpa sebarang sebab yang jelas.


“Sebaik saja kawan saya menutup pintu kereta, ada bunyi datang dari arah belakang. Saya lihat seorang lelaki lain berpakaian uniform putih membaling telur ke arah kereta saya.

“Pada masa itu baru saya sedar yang mereka ini merupakan pemandu teksi yang marah sebab ingat saya pemandu Uber,” tulis Sau Mun.

Dalam coretannya Sau Mun turut meluahkan kesal kerana kedua pemandu teksi berkenaan melakukan serangan terhadapnya tanpa usul periksa.

Pemandu Teksi Baling Telur Kepada Gadis DiSangka Pemandu Uber


Memikirkan keselamatan diri dan rakannya, Sau Mun tidak keluar dari kereta sebaliknya terus memandu dan membuat pusingan U agar dapat menangkap gambar nombor plat pemandu teksi yang biadap tersebut.

Pemandu Teksi Baling Telur Kepada Gadis DiSangka Pemandu Uber

Namun sebaik sahaja dia membuat pusingan U, pemandu teksi yang membaling telur ke keretanya itu dipercayai sudah pun ‘melarikan diri’ dari tempat kejadian.

Kes pemandu teksi menyerang pemandu Uber bukanlah satu kisah baharu, sebaliknya sebelum ini terdapat pelbagai laporan media mengenai insiden sedemikian.

Ini semua gara-gara rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap pemandu Uber yang dilihat mengganggu periuk nasi mereka.

Namun, perkhidmatan yang lemah di pihak pemandu teksi menyebabkan rata-rata masyarakat kini lebih mengemari perkhidmatan dari Uber dan yang sepertinya.



– MYNEWSHUB.CC

No comments