Terkini

Tak Tahan Bunyi Bayi Menangis, Bapa Tumbuk Anaknya 22 Kali Hingga Mati

AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelaki berusia 21 tahun dari Minneapolis dituduh di mahkamah selepas dia mengaku menumbuk bayi perempuannya sehingga 22 kali kerana membuat bunyi bising.

Tak Tahan Bunyi Bayi Menangis, Bapa Tumbuk Anaknya 22 Kali Hingga Mati
Emersyn Morris Berusia Empat Bulan


Lelaki terbabit, Cory Morris ditahan pada petang Sabtu lalu selepas dia menghubungi talian kecemasan 911 dan mengakui telah memukul bayi malang tersebut, Emersyn Morris yang berusia empat bulan.

Sejurus pasukan polis dan paramedik tiba di tempat kejadian, mereka mendapati tangan dan baju bapa muda itu dipenuhi kesan darah dan menemui bayi tersebut terbaring di atas meja.

Pasukan paramedik juga dilaporkan bergegas memberikan rawatan kaedah pernafasan (CPR) kepada bayi tersebut dan kemudiannya mengejarkannya ke Pusat Perubatan Hennepin Country.

Namun begitu, selepas tiba di sana, Emersyn dilaporkan telah meninggal dunia berpunca daripada kesan pukulan dengan objek tumpul.


Kakitangan hospital turut mendapati muka dan dada bayi malang itu mengalami kesan lebam dan bengkak yang teruk

Difahamkan, Cory memaklumkan kepada polis bahawa dia telah menjaga anaknya itu sementara menunggu teman wanitanya yang juga merupakan ibu kepada Emersyn pulang dari bekerja.

Menurut laporan Daily Mail, Morris memaklumkan dia sedang menonton televisyen ketika Emersyn membuat bunyi lantas dia mengambil bayi berkenaan daripada buaian dan meletakkannya di atas meja.

Tak Tahan Bunyi Bayi Menangis, Bapa Tumbuk Anaknya 22 Kali Hingga Mati

Namun begitu, Emersyn masih membuat bunyi dan menyebabkan Morris berang lantas menumbuk muka bayi terbabit sebanyak 15 kali manakala tujuh kali di bahagian dada dengan alasan untuk menenangkannya dari membuat bising.

Selain itu, teman wanita Morris, Jennifer Anderson memaklumkan kepada polis bahawa dia cuba menghubungi teman lelakinya itu pada hari kejadian namun tidak mendapat respon.

Ujar Anderson, selepas menemuinya di rumah, Morris memaklumkan kepadanya bahawa dia akan ke penjara kerana telah melakukan sesuatu kepada bayi mereka.

Cory Morris kini ditahan di Penjara Hennepin County dengan ikat jamin berjumlah AS$22 juta(RM88.48 juta) dan skeiranya disabit kesalahan membunuh tahap kedua, Morris bakal berdepan hukuman 40 tahun penjara.

Ketika di mahkamah pada Rabu lalu, seorang hakim telah mengarahkan supaya penilaian tahap kesihatan mental Morris dijalankan dan dia dijadualkan kembali semula ke mahkamah pada 20 September ini.

SinarOnline



No comments