Terkini

DiLambung Bapa Ketika Bermain, Kepala Kanak-kanak Ini Cedera

RAYONG (Thailand) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di kepala akibat terkena bilah kipas siling selepas dia dilambung bapanya ketika bermain.

DiLambung Bapa Ketika Bermain, Kepala Kanak-kanak Ini Cedera

Ketika kejadian, mangsa Oum Phoeykiln, tiga tahun, bermain bersama bapanya, Em, 25, di ruang tamu di rumah mereka.

Bapanya mendukung dan melambung anaknya itu ke udara sehingga menyebabkan kepala mangsa terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

Hentaman yang kuat itu menyebabkan bilah kipas patah manakala dahi kanak-kanak berkenaan luka parah sehingga ternampak bahagian tengkorak.

Oum dikejarkan ke sebuah hospital di Rayong, di mana doktor segera melakukan pembedahan kecemasan untuk menghentikan pendarahan dari luka sepanjang 10 sentimeter itu.

Lebih malang lagi, doktor berkenaan terlebih dahulu mengugut enggan merawat mangsa sehingga keluarganya bersetuju membayar ribuan dolar untuk pembedahan itu.

Em berkata, ketika kejadian dia hanya bermain dengan anaknya di rumah mereka seperti biasa.

“Namun, secara tidak sengaja saya melambung anak saya terlalu tinggi sehingga kepalanya terkena kipas siling yang sedang berputar laju.

“Saya panik melihat darah yang mengalir dengan banyak dari dahi anak saya dan segera membawanya ke hospital,” katanya. – Agensi

No comments