Terkini

Video : Panik!! Kanak-Kanak DiTerkam Singa Dalam Siaran Langsung

WALAUPUN telah lama dipelihara oleh manusia, seekor singa dewasa tetaplah binatang pemburu yang mempunyai kuku dan taring yang tajam.

Video : Panik!! Kanak-Kanak DiTerkam Singa Dalam Siaran Langsung

Begitulah yang berlaku apabila seekor singa muda yang dihadirkan menerusi rancangan talk show atau bual bicara di sebuah stesen televisyen Mexico didapati masih lagi sangat berbahaya.

Media tempatan melaporkan, program talk show yang awalnya santai dan akrab berubah menjadi mengerikan apabila seekor singa muda tiba-tiba menerkam kanak-kanak perempuan di pangkuan riba ibunya.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 37 saat itu dimuat naik ke media sosial, kelihatan dua lelaki dan dua wanita dewasa berbincang santai ditemani anak kecil perempuan dan seekor singa.


Situasinya berubah panik apabila singa muda yang dirantai tiba-tiba bergerak melompat ke arah kanak-kanak kecil perempuan yang sedang dipangku ibunya itu.


Kejadian itu berlaku apabila tarik menarik antara singa dan ibu si anak kecil tersebut. Lutut kanak-kanak kecil malang itu digigit singa. Sementara kanak-kanak kecil berteriak sambil menangis.

Mujur dua penjaga singa yang sedang duduk pantas bergerak mengendalikan singa yang secara tiba-tiba hendak menerkam kanak-kanak itu.





– MYNEWSHUB.CC

No comments