Gempar!! Batu Nesan Tercabut Dan Berselerak Menakutkan Penduduk
TANJONG KARANG - Misteri batu nisan dicabut dan berselerak di sebuah tanah perkuburan, di sini, menimbulkan kebimbangan penduduk.
Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Penduduk Tanjong Karang (Kesak), Arbaie Sahlan menjelaskan, batu nisan yang dicabut individu tidak dikenali di kawasan tanah perkuburan menimbulkan tanda tanya penduduk.
Menurutnya, kejadian itu difahamkan bukan pertama kali berlaku bahkan tujuan individu terbabit mencabut dan menyelerakkan batu nisan itu sehingga kini masih belum diketahui.
“Sekarang ni orang kampung masih kecoh dan bukan sekali tapi ini kali kedua kejadian sama berulang. Dulu, orang kampung perasan masa nak mula puasa tapi sekarang ni jadi lagi.
“Tindakan individu terbabit dipercayai berkaitan unsur ilmu hitam, tapi kami tak pasti sama ada orang kampung terlibat atau tidak sebab individu tu belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Arbaie menjelaskan, pihaknya memohon supaya kemudahan lampu limpah dapat dipasang di kawasan tanah perkuburan terbabit supaya kejadian tidak diingini tidak berulang kembali.
Menurutnya, Kesah sebelum ini sudah membangkitkan permohonan pemasangan lampu limpah di tanah perkuburan kepada pihak berwajib dan difahamkan masih menunggu kelulusan.
“Kemudahan lampu limpah ini sebagai inisiatif penduduk untuk memudahkan pemantauan lebih kerap dapat dijalankan selain memudahkan kerja pengebumian dilakukan pada waktu malam.
“Selain itu, kemudahan pagar yang uzur juga perlu diberi perhatian memandangkan mungkin antara penyebab tanah perkuburan itu mudah dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga memohon pihak berwajib dapat membantu menyelesaikan misteri terbabit supaya kejadian sama tidak berulang kerana kerjasama semua pihak penting.
“Semua komuniti dalam kampung perlu memainkan peranan masing-masing demi memastikan keselamatan kampung terus dibela dan pendekatan proaktif perlu diambil untuk menyelesaikan misteri terbabit,” katanya.
SinarHarian

No comments
Post a Comment