Terkini

Video : Rempuh Cermin Depan Bas, Lelaki Malang Ni Tersangkut Separuh Badan

SEORANG lelaki cedera parah dan tersangkut di cermin penghadang angin sebuah bas setelah nekad merempuh cermin berkenaan dari dalam bas terbabit.

Video : Rempuh Cermin Depan Bas, Lelaki Malang Ni Tersangkut Separuh Badan

Sebuah laman tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Suihua, wilayah Heilongjiang, China, pagi semalam.

Manakala menurut penumpang yang berada di dalam bas terbabit memberitahu bahawa seorang lelaki dengan tiba-tiba melulu dan merempuh cermin berkenaan sebanyak dua kali.

Rempuhan kali kedua menyebabkan cermin hadapan itu pecah namun mangsa pula tersangkut separuh badan.
Akibatnya, cermin yang pecah tersebut telah menusuk badan dan menyebabkan dia kehilangan darah yang agak banyak.

Para penumpang yang lain cuba membantunya tetapi gagal, lalu menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Pasukan penyelamat segera ke lokasi kejadian serta berjaya mengeluarkan mangsa. Mangsa dihantar ke hospital berhampiran dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil selain sedikit calar sahaja.


Bagaimanapun, menurut laman itu, motif mangsa bertindak sedemikian tidak dapat dipastikan dan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa pernah mempunyai sejarah gangguan mental.

No comments