Terkini

"Guru" Skim Cepat Kaya "Highway Group" DiTahan Reman

KOTA BHARU - Seorang guru dari Ketereh, di sini, dikenakan perintah reman 21 hari di Mahkamah Kota Bharu hari ini, bagi membantu siasatan berhubung skim pelaburan cepat kaya ‘Highway Group’.

"Guru" Skim Cepat Kaya "Highway Group" DiTahan Reman

Perintah reman sehingga 27 Ogos depan terhadap suspek berusia 46 tahun itu dibuat di hadapan majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu diiring ketat anggota polis sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah sejam kemudian.

Suspek berkenaan ditahan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, pada jam 1 pagi, Jumaat lalu, oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.

Media sebelum ini melaporkan suspek yang berperanan sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu dipercayai sedang membuat persiapan untuk lari ke luar negara dan menyorok di dalam sebuah bilik di kondominium berkenaan ketika tangkapan dilakukan.

Ketua JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi terhadap kegiatan kumpulan ini dimulakan sejak lima bulan lalu dan kita sudah menahan 15 individu yang ada kaitan dengan aktiviti yang dijalankan mereka.

Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 dan operasi diteruskan bagi mengesan 15 lagi individu yang terbabit dengan penipuan itu yang mana identiti mereka sudah dikenal pasti.

Bulan lalu, polis menahan 15 individu, termasuk dua lelaki bergelar Datuk Seri dan Datuk yang juga dalang skim pelaburan haram itu dalam beberapa siri serbuan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Skim terbabit berjaya memancing kira-kira 500,000 pelabur dengan nilai pelaburan mencecah hampir RM50 juta.


SinarHarian

No comments