Terkini

Manusia Pelik, Jalani 43 Pembedahan Semata-mata Nak Jadi Patung

Akibat kegilaan dan ketaksubannya untuk menjadi seperti patung Ken, dia telah menjalani 43 prosedur pembedahan plastik.

Manusia Pelik, Jalani 43 Pembedahan Semata-mata Nak Jadi Patung


Namun nasib tidak menyebelahinya apabila mukanya hampir `binasa’ akibat jangkitan yang berpunca daripada pembedahan kosmetik ke-6, di bahagian hidung.

Doktor memberi amaran kepadanya bahawa jangkitan itu boleh `makan’ hidungnya.

Susulan itu, Rodrigo terpaksa membelanjakan £40,000 untuk rawatan kecemasan sebelum menjalani pembedahan pemulihan di bahagian hidungnya itu.

Disebabkan itu juga, dia kini terpaksa menginsurankan badannya sebanyak £1 juta selepas parasit hampir `makan’ semua hidungnya.

“Saya tidak mahu lagi menjalani rawatan agresif itu,’’ katanya yang enggan lagi mengambil risiko yang boleh menyebabkan jangkitan itu berlaku lagi.

Namun Rodrigo tidak berputus asa dan tidak mahu kelihatan tua atau menjadi gemuk, jadi dia bercadang menjalani rawatan bagi membuang lemak di badannya.

“Sejak kebelakangan ini saya telah mencuba segalanya, saya melalui terapi radio frekuensi di bahagian belakang dan kaki,’’ kata lelaki yang berusia 33 tahun ini.

No comments