Terkini

(6 Gambar ) Bayi 15 Bulan Menangis Berminggu-minggu, Rupa-rupanya Mengandung

NEW DELHI – Seorang bayi berusia 15 bulan menggemparkan para doktor di sini apabila dipercayai ‘mengandung’ ketika menjalani pemeriksaan perubatan di salah sebuah hospital tempatan baru-baru ini.


Menurut laporan Daily Mail, bayi berkenaan, Nisha menga-lami masalah perut kembung sehinggakan tidak mahu makan dan minum selain hanya mena­ngis selama berminggu-minggu.

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila ibu bapa Nisha mengesyaki dia mempunyai ketumbuhan di dalam perut dan membawanya ke Hospital Sri Ganapathy Krishna, sebuah pusat kesihatan swasta di Tamil Nadu, selatan India.


Doktor pada mulanya percaya Nisha mengalami ketumbuhan besar di perutnya namun terkejut setelah mengetahui punca sebenar penyakit dan terus melakukan pembedahan untuk membuang ‘ketumbuhan’ tersebut.


“Pada mulanya, saya percaya dia hanya ada ketumbuhan sehingga kami melakukan ujian ultrabunyi, dan imbasan menunjukkan kawasan bertulang dan struktur seakan-akan ketumbuhan mengandungi tisu dan organ.


“Itu menyebabkan saya mula mengesyaki bayi tersebut me­ngalami fetus dalam fetus,” kata Pakar Bedah Pediatrik, Dr. Vijayagiri.

Nisha yang mempunyai berat lapan kilogram sebelum pembedahan membuang fetus itu dilahirkan dengan keadaan perut kembung namun ibu bapa­nya yang bekerja sebagai buruh bertindak mengabaikan masalah penyakit Nisha kerana tidak memiliki kewangan mencukupi.




Susulan pembedahan yang dilakukan itu, Nisha dijangka segera pulih dan dibenarkan ke­luar wad dalam tempoh beberapa hari lagi.





UtusanOnline

No comments