Terkini

Lelaki Gergaji Jari Protes Isteri DiDakwa DiRogol Polis Dalam Lokap

DEMI menuntut pembelaan terhadap isterinya yang didakwa dirogol oleh polis di dalam lokap, seorang lelaki telah memotong jarinya sendiri dengan menggunakan gergaji sebagai tanda protes.

Lelaki Gergaji Jari Protes Isteri DiDakwa DiRogol Polis Dalam Lokap

Lelaki berkenaan yang tidak bekerja dan menetap di Magnitogorsk, Rusia itu, memotong jarinya bagi memaksa pihak polis menunjukkan kamera CCTV dalam lokap terbabit.

Dalam keadaan terdesak itu juga, dia berikrar akan memotong satu jari pada setiap Isnin sehinggalah kamera CCTV itu didedahkan kepada umum.

“Mereka mendakwa tidak ada apa-apa yang berlaku dalam rakaman CCTV itu dan jika tiada apa-apa pun, tunjukkanlah. Semua masalah akan selesai,’’ katanya yang telah memperjuangkan perkara tersebut sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, pada malam kejadian, dia dan isterinya telah ditangkap kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh. Mereka kemudiannya ditempatkan di dalam lokap yang berasingan.
Jelasnya, salah seorang anggota polis telah merogol isterinya manakala seorang lagi telah memukul wanita itu.


“Isteri saya menjerit kerana diperlakukan sedemikian rupa malah dia mengingatkan mereka bahawa dia sudah tua dan layak menjadi ibu mereka. Selain itu, dia juga dipukul di leher dan kaki,” katanya.

Susulan itu, pasangan tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Sejak itu polis mengancam kami dengan pelbagai tuduhan dan menuduh kami membuat laporan palsu,’’ katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata tidak ada bukti yang menunjukkan wanita itu telah dirogol. – Mynewshub.cc

No comments