Isteri Dera Anak Terbukti Dengan Rakaman CCTV
PELIK melihat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh anak, seorang lelaki bertindak memasang kamera video litar tertutup (CCTV) di dalam biliknya di Bareilly, Uttar Pradesh, India.
Deepak Chaturvedi terkejut apabila melihat isterinya, Poonam memukul anak mereka yang berusia satu tahun tanpa belas kasihan.
Hindustan Times melaporkan, Deepak membuat laporan ke Balai Polis berhubung kejadian itu dan kini masih dalam siasatan.
“Saya selalu melihat kesan lebam pada badan anak tetapi isteri hanya memberitahu ianya hanya kemalangan kecil. Curiga dengan jawapannya itu, saya memasang CCTV semasa dia tiada di rumah,” katanya yang berkahwin dengan Poonam pada lima tahun lalu.
Dalam video tersebut, Poonam dilihat memukul dan mencekik anaknya dipercayai dengan sengaja di atas katil di dalam bilik mereka.
Deepak mahukan isterinya itu dipenjarakan susulan tindakannya terhadap anak mereka.
Poonam dilaporkan sudah meninggalkan rumah mereka dan tinggal bersama ibu bapanya.
Difahamkan, Deepak sering mengganggu Poonam dengan menuntut mas kahwin sebanyak Rs 5 lakh dan mendakwa sering dipukul suaminya itu.
Keluarga Poonam turut mendakwa anaknya berada di bawah pengaruh dadah yang diberikan Deepak ketika video tersebut dirakam. – MYNEWSHUB.CC

No comments
Post a Comment