Terkini

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Kegilaan merakam gambar pelbagai gaya termasuk berselfie di dalam air bagi kebanyakan penduduk di Desa Ponggok yang terletak di Kabupaten Klaten, Jawa Tengah, Indonesia kini menjadi satu trend.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Sebelum ini, Umbul Ponggok yang merupakan kolam air tawar semula jadi yang cukup terkenal di Desa Ponggok sekadar menjadi lokasi bermandi-manda dan tempat merehatkan diri buat penduduk serta pengunjung.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Umbul dalam bahasa Jawa bermaksud sumber mata air.

Pada suatu ketika dahulu, kawasan ini juga sering digunakan untuk mencuci karpet serta pakaian oleh penduduk setempat. Bagaimanapun, airnya tidak akan keruh dan sentiasa jernih kerana ia sentiasa mengalir.

Kawasan di sekitar perkampungan itu memang terdapat banyak mata air. Pada asalnya, kolam Umbul Ponggok tidak mendapat sambutan kerana kawasan tersebut yang luas dan terlalu dalam.

Seorang penjaja makanan, Marni berkata, kedalaman kolam Umbul Ponggok pernah mencatat bacaan sehingga tiga meter.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok


“Dahulu airnya dalam, sunyi dan kanak-kanak juga takut untuk mandi. Ada juga warga tempatan yang pernah tenggelam di sini dan suasana di kawasan persekitaran juga menakutkan,” ungkap Marni.

Meskipun begitu, kejernihan air membuatkan pengunjung mampu untuk melihat ke dasar kolam dengan begitu jelas.

Bergambar

Sesuai dengan peredaran masa, keghairahan untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan kreatif telah menjadikan kawasan Umbul Ponggok sebagai sebuah lokasi tumpuan merakam pelbagai aksi dan gaya di dalam air termasuk berselfie.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok


10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Idea kreatif merakam foto di dalam air turut menjadi viral dalam laman sosial, malah turut menarik minat ramai orang untuk mengunjungi kawasan tersebut.

Lebih menarik lagi terdapat pelbagai barangan turut diletakkan di dalam air sebagai prop untuk bergambar.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Barangan ini juga boleh dibawa sendiri dari rumah namun ia harus sedia untuk direndamkan di dalam air sehingga tenggelam.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Dalam mencapai keseronokan berganda bergambar di dalam air, perkara yang lebih kreatif telah dilakukan oleh para pengunjung demi menghasilkan sebuah gambar yang menarik.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Gaya yang paling mencuri perhatian apabila sebuah motosikal berkuasa tinggi telah ditenggelamkan di dalam air untuk dijadikan prop untuk bergambar.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Bagi mereka yang mahu bergaya di samping motosikal di dalam air, prop boleh disewa dan mudah didapati di kawasan sekitarnya. Beberapa kelab snorkel turut membuka perniagaan sewaan alatan untuk menyelam dan khidmat menangkap gambar di dalam air.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Terdapat basikal tua, motosikal berkuasa besar, beca, perkakas dapur, bangku taman dan termasuklah kelengkapan khemah disediakan bagi menjadikan latar belakang gambar tampak lebih menarik.

10 Gambar Menarik Selfie Dalam Air Di Umbul Ponggok

Perkhidmatan merakam gambar di dalam air dikenakan caj sebanyak Rp100,000 (RM30) bagi setiap jam. Caj itu meliputi bayaran untuk gambar, kelengkapan menyelam, jurugambar, suntingan, kamera di dalam air dan cetakan beberapa keping gambar.


-kosmo


No comments