Video : Kecoh!! Lan Pet Pet Mengamuk Marahkan Anggota MPSJ
VIRAL menerusi laman sosial semalam sebuah video memaparkan pelakon dan pelawak Lan Pet Pet mengamuk apabila memarahi anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana mengunci tayar keretanya.
Memetik laporan daripada sebuah akhbar tempatan, kejadian itu berlaku pada jam 12 tengah hari di USJ 10, Subang Jaya, Selangor.
Menerusi video yang berdurasi satu minit itu memaparkan Lan memarahi salah seorang anggota penguat kuasa MPSJ berkenaan kerana bertindak mengunci tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di depan sebuah bank.
Bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kumpulan Senario ini kepada akhbar tersebut, mengakui bahawa itu adalah kesalahannya kerana tidak memakirkan kenderaan dengan betul bukannya salah anggota MPSJ yang menjalankan tugas.
“Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguat kuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.
“Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya kebetulan sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, ‘insiden’ bertikam lidah itu telah diselesaikan dengan aman dan dia sudah membayar kompaun yang telah dikenakan sebanyak RM80 kepada pihak MPSJ.
Video yang tersebar itu bagaimanapun menerima 17 ribu tontonan sejak ia dimuat naik semalam dan dikongsi lebih 116 kali.
-MetroOnline

No comments
Post a Comment