Terkini

Adiwira "SuperHero" DiTahan Polis, Ingatkan Sebab Apa, Rupa-rupanya...

KEBIASAANNYA, pihak polis akan menahan dan menangkap individu yang hanya melakukan kesalahan, namun berbeza pula dengan adiwira ‘Hollywood’ ini iaitu Spiderman.



Gambar individu berkenaan memakai kostum Spiderman dimuat naik di laman Facebook Friends of PDRM, bersama dua anggota polis yang menahannya ketika menunggang di sebuah lebuhraya di George Town, Pulau Pinang.

Seorang individu lelaki yang dikenali sebagai Ambro, 28; yang memakai kostum Spiderman cuak dan terkejut apabila dua orang anggota polis menahannya.

Menurut ‘Spiderman’, kostum itu dibeli dengan harga RM300 sebenarnya untuk menghadiri majlis makan malam tahunan di tempat kerjanya.


Dia yang pada mulanya terkejut kerana ditahan dua anggota polis itu kemudiannya menganggap insiden itu sesuatu yang melucukan apabila kedua-dua anggota polis terbabit meminta untuk bergambar dengannya sebelum ‘dilepaskan’.


Gambar itu mendapat perhatian netizen dan menjadi viral dengan lebih 1,800 tanda ‘like‘ dan hampir 70 perkongsian pada Ahad lalu.

Rata-rata netizen memuji tindakan ‘Spiderman’ yang berani memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan keatasnya.

Sumber: mstar online

No comments