Terkini

Video : Mengejutkan!!...Mayat Terapung Tiba-tiba Bangun

BEIJING – Anggota penyelamat di China yang cuba mendekati seorang ‘mayat’ yang terapung di tengah sungai terkejut besar selepas tubuh kaku berkenaan secara tiba-tiba bangun selepas diperiksa.

Video : Mengejutkan!!...Mayat Terapung Tiba-tiba Bangun

Dailymail melaporkan, pihak bomba pada mulanya menerima maklumat daripada orang ramai yang terjumpa dengan ‘mayat’ lelaki berkenaan dilihat terapung dan menyangka ia sudah meninggal dunia akibat lemas.

Setelah sekumpulan anggota bomba yang bergegas tiba di lokasi kejadian, salah seorang daripadanya segera turun ke dalam sungai untuk memeriksa keadaan mayat berkenaan.


Namun alangkah terkejutnya apabila ‘mayat’ lelaki itu secara tiba-tiba bangun menyebabkan anggota bomba itu pun terkejut sehingga terpaksa melarikan diri ke arah tebing.


Rupa-rupanya, lelaki itu sedang tidur sambil menyejukkan tubuh kerana tidak tahan dengan cuaca panas di daerah tersebut, dia kelihatan marah kerana mereka mengganggunya yang sedang tidur.


Dia kelihatan telah kembali berbaring semula kemudian membuatkan orang ramai yang kebetulan berada di situ turut ketawa melihat telatah selambanya itu.

Kejadian yang melucukan itu, bagaimana pun tidak diketahui lokasi dan masa kejadian kerana visual rakaman tersebut hanya dikongsikan netizen China melalui media sosial.





– MYNEWSHUB.CC/Dailymail

No comments