Anggota Tentera DiTikam Rakan Setugas
Kuala Lumpur – Anggota tentera cedera ditikam oleh rakan setugasnya di Kem Terendak, Melaka, semalam.
Difahamkan mangsa berusia 20-an terbabit mengalami kecederaan di bahagian dada dan bahu selepas tikam menggunakan senjata tajam.
Menurut sumber, kejadian 10.10 malam itu berlaku ketika dua anggota berkenaan berada di Bangunan Kuartemaster Pasukan 3 Rejimen Semboyan Diraja di kem terbabit.
“Difahamkan pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham membabitkan hal peribadi dua anggota berkenaan.
“Anggota cedera dihantar ke Rejimen 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT) sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
“Manakala, anggota yang menikam mangsa ditangkap dan ditahan di Bilik Tahanan Pasukan di kem berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebebentar tadi.
Sementara itu, jurucakap Markas Angkatan Tentera Malaysia ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, siasatan dalaman oleh pihak tentera sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan.
“Mangsa dilaporkan stabil dan siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum tindakan dikenakan terhadap dua anggota terbabit,” katanya.
– Harian Metro

No comments
Post a Comment