Terkini

Lelaki Lalui Saat Ngeri, "Telur" Tersepit Kerusi

MALANG sememangnya tidak berbau.

Seorang lelaki berhadapan dengan detik paling ngeri dan memalukan dalam hidupnya apabila ‘telur’ miliknya tersepit di celah-celah lubang kerusi plastik.

Lelaki Lalui Saat Ngeri, "Telur" Tersepit Kerusi

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi ‘membebaskannya’ selepas itu.

Gambar insiden itu menjadi viral di media sosial sebaik sahaja dimuat naik oleh Facebook Info RoadblockJPJ/Polis sejak Jumaat lepas.

Pun begitu, lokasi dan bilakah waktu kejadian ini tidak pula dinyatakan. Namun, melihat kepada uniform pasukan bomba, ia nyata sekali berlaku dalam negara ini.


Menerusi gambar yang dikongsi itu, anggota bomba dan penyelamat dilihat sedang dalam usaha getir membantu lelaki itu melepaskan alat sulitnya.

Lelaki berkenaan dipercayai duduk dalam keadaan bogel di atas kerusi berkenaan hingga telurnya kemudian tersangkut antara ruang lubang yang ada.

Lelaki Lalui Saat Ngeri, "Telur" Tersepit Kerusi

Walaupun kes ini nampak remeh, namun usaha anggota bomba dan penyelamat yang sedia membantu apa jua kes termasuk insiden unik ini patut diberi penghargaan.

Susulan insiden ini, orang ramai khususnya kaum lelaki juga dinasihati supaya berhati-hati apabila duduk di kerusi ini agar kejadian yang sama tidak berulang. – MYNEWSHUB.CC

No comments