Video : Aksi Romantik Pasangan Sejoli Paling Kerdil Di Dunia
Itupeva (Brazil): Pasangan kenit - dengan ketinggian hanya 1.77 meter antara mereka - sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan menjadi pasangan paling pendek di dunia.
Paulo Grabrile da Silva Barros yang setinggi 0.88 meter baru-baru ini melamar teman wanitanya, Katyucia Hoshino (0.89 meter) di depan rakan mereka di sebuah restoran sushi di Itupeva, Brazil.
Barros berusia 30 tahun sementara bakal pengantin perempuan, 26.
Menceritakan mengenai perasaannya ketika melamar Katyucia, Barros mengaku dia memang gementar.
“Apa yang saya rancang hendak cakap semuanya tak keluar. Saya akhirnya bercakap apa yang ada dalam hati saya ketika itu,” kata Barros.
Menurutnya, mereka sudah berkawan sejak lapan tahun lalu.
Katyucia pula berkata, dia mulanya tidak percaya Barros melamarnya dan perlu diyakini beberapa kali sebelum menerima lamaran itu.
Pasangan itu kini berharap mereka akan diiktiraf secara rasmi sebagai pasangan paling pendek di dunia selepas berkahwin kelak.
“Kami akan cuba mendapat pengiktirafan itu menerusi Rekod Dunia Guinness,” kata Barros.
Menurut Katyucia, walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan, dia sudah mula merancang pakaian yang akan dipakai pada majlis itu.
“Itu bahagian paling menyeronokkan untuk berkahwin,” katanya. - Agensi

No comments
Post a Comment