Terkini

Lelaki Dakwa Keretanya Kemek Gara-gara DiPatuk Ular

KELIRU atau kurang peka dengan nama betul binatang, seorang lelaki tergamak membuat laporan polis selepas mendakwa keretanya dipatuk ‘ular’ sehingga remuk teruk.

Lelaki Dakwa Keretanya Kemek Gara-gara DiPatuk Ular


Pengadu yang bertugas sebagai jurujual mendakwa sekumpulan ‘ular’ melintas jalan secara tidak sengaja ‘mematuk’ kenderaan yang sedang dipandunya di Jalan Sungai Besar Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Ulu Yam Baharu dan mendakwa kira-kira 10 ekor ‘ular’ menyeberangi jalan di hadapannya sebelum seekor ‘ular’ merosakkan keretanya.

Lelaki Dakwa Keretanya Kemek Gara-gara DiPatuk Ular


Bagaimanapun setelah disiasat pihak polis, ‘ular’ yang didakwa lelaki berasal dari Puchong itu dalam laporannya baru-baru ini sebenarnya adalah kuda.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan R. Supramaniam berkata, lelaki tersebut tidak fasih berbahasa Melayu dan menyebut kuda sebagai ular.

Beliau berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit. – MYNEWSHUB.CC

No comments