Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW
Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.
Ajwa sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain dan banyak ditanam di persekitaran Madinah.
Menurut sejarah, kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.
Jadi tidak menghairankan jika harganya amat tinggi. Di Arab Saudi harga kurma Ajwa cukup mahal iaitu sekitar 60 – 80 riyal/kg. manakala di Malaysia harganya mencecah RM 80.00 – RM 120.00/kg.
Kini kurma Ajwa juga telah diberi nilai tambah menjadi produk seperti sari madu kurma dan minuman selain ada kurma Ajwa yang disira bersama minyak Habbatus Sauda yang dikatakan berkhasiat untuk kesihatan.
Nabi Muhammad SAW sendiri sangat menggemari makan kurma Ajwa dan menganjurkannya untuk memakan 7 buah kurma Ajwa di pagi hari dan saat berbuka puasa.
Sabda Rasullullah SAW.: “Apabila setiap kamu berbuka puasa, maka hendaklah kamu berbuka puasa dengan kurma kerana sesungguhnya padanya (kurma itu) ada keberkatan. Jika sekiranya ianya (kurma) tidak didapati, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya padanya (air tersebut) itu bersih.” (Riwayat imam Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)
Keistimewaan kurma ajwa dibandingkan dengan lain-lain jenis kurma adalah kerana berkat petunjuk dan pengkhususan Rasulullah SAW ke atasnya, sebagaimana baginda telah mengkhususkan jumlah 7 biji di setiap pagi. Keberkatan juga mungkin berasal dari keistimewaan tanah Madinah yang menjadi tempat khas pokok-pokok kurma ajwa. Ia juga mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)
Hadis ini menjelaskan bahawa kurma Ajwa boleh mengatasi racun dan sihir, mungkin kerana kandungan yang ada di dalam kurma ini yang menyebabkannya. Bagi yang memakannya akan beroleh keberkahan, disebabkan penanaman asal kurma ini telah bersentuhan dengan tangan Nabi SAW yang mulia.
Buah kurma sebagaimana diketahui memang mempunyai khasiat perubatan tertentu seperti meningkatkan kadar gula darah dan mengubati katarak pada mata dengan memakan paling sedikit 3 buah kurma selama beberapa bulan.
Kurma memiliki banyak sekali khasiat yang baik bagi kesihatan kerana memiliki kandungan vitamin A, kalsium dan besi yang tinggi. Sesuai untuk berbuka puasa kerana tubuh memerlukan karbohidrat dan gula (glucose) yang sememangnya banyak terkandung dalam buah kurma. Pada kurma selain rasa manis juga mengandung karbohidrat yang mudah dicerna tubuh. Oleh karena itu kurma sangat digalakkan dimakan ketika berbuka puasa agar tubuh menjadi cepat pulih atau segar seterusnya memberi tenaga segera kepada tubuh.
Kurma seumpama ‘buah ajaib’ seharusnya dijadikan juga pilihan makanan kudapan atau menggantikan makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit. Rasulullah SAW sendiri mengangkat tinggi taraf buah kurma kerana mempunyai nilai-nilai kesihatan yang baik termasuk kandungan kalori dan karbohidrat yang mudah dicernakan oleh tubuh.
dipetik dari shafiqolbu
Kurma Ajwa mempunyai saiz sederhana, kedutan lebih banyak dari kurma lain.
|

No comments
Post a Comment