Saksikan Video Katil Kalis Gempa Berfungsi Bila Terjadi Gempa Bumi
BEIJING 18 Dis. – Seorang pereka cipta China merancang untuk membangunkan katil kalis gempa bumi yang dipercayai dapat memberi penyelesaian mengurangkan jumlah kematian setiap kali bencana itu berlaku.
Katil yang diperbuat daripada logam itu direka Wang Wenxi selepas dua kejadian bencana sama yang meragut kira-kira 87,000 nyawa di Wenchuan pada 2008, manakala hampir 2,700 orang maut dalam gempa di Yushu pada 2010.
Meskipun Wenxi telah mendapatkan paten bagi pembangunan katil itu pada 2010, namun dia hanya mendedahkan video konsep terbaharu kelengkapan berkenaan di laman perkongsian YouTube, baru-baru ini.
Akhbar The Telegraph melaporkan, katil itu mampu bertindak balas terhadap gegaran dengan melindungi individu yang berada di atas tilam ke dalam ruang bawah katil, sekali gus menjadikannya seperti sebuah kotak besi mini.
Individu yang berada di dalam kotak besi itu hanya perlu menunggu di dalam struktur yang dianggap seperti sebuah bilik panik kecil tersebut sehingga bantuan tiba.
Bagaimanapun, mereka yang berada di dalam ruang kecil itu tidak perlu risau kerana katil kalis gempa tersebut turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan air, makanan dalam tin, dan beberapa keperluan lain.
Namun, video itu tidak menunjukkan bagaimana individu yang berada di dalam kotak tersebut dapat keluar sekiranya kelengkapan berkenaan dihempap serpihan konkrit besar.
Bercakap kepada media pada 2010, Wenxi berkata, gempa bumi di Wenchuan dan Yushu mengakibatkan kemusnahan besar di China dan kejadian itu mendatangkan idea kepadanya.
“Oleh itu, saya berfikir tentang sesuatu perkara yang boleh saya lakukan dengan mencipta sesuatu yang dapat mengurangkan kematian,’’ katanya.
Jelas pereka itu, katil tersebut sesuai untuk kegunaan di rumah banglo dan pangsapuri yang diperbuat daripada batu bata dan konkrit.
Katil yang lengkap dengan tempat menyimpan makanan dan minuman bagi persedian
bila berlaku germpa bumi
|

No comments
Post a Comment