Pasukan Borussia Dortmund bertafakur seminit
KUALA LUMPUR: Pasukan Borussia Dortmund bertafakur seminit sebelum sepak mula menentang VfL Wolfsburg pada Ahad sebagai melahirkan tanda simpati dengan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.
Kelab gergasi Jerman itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kehilangan adinda tersayangnya itu.
Ucapan takziah itu dipaparkan menerusi akaun rasmi Facebook pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers. "Pasukan Borussia Dortmund ingin mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kemangkatan adinda tersayang dan untuk semua sahabat kami di Malaysia,".
Skuad bola sepak JDT dan Dortmund menjalin kerjasama dalam membangun dan melatih bakat baharu bagi golongan kanak-kanak dan belia di Malaysia.
Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, anak keempat daripada enam beradik, mangkat pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, pada Sabtu lalu akibat kanser hati.
-bharian

No comments
Post a Comment