Terkini

Whatsapp Punya Hal, Sepasang Kekasih DiBunuh

Nasib malang menimpa sepasang kekasih di Agra, India gara-gara berkomunikasi lama di laman WhatsApp apabila kedua-dua mereka dibunuh oleh bapa gadis tersebut.

Whatsapp Punya Hal, Sepasng Kekasih DiBunuh


Gara-gara naik angin dengan sikap anak perempuannya itu, seorang bapa di wilayah Agra, India berjanji akan menyatukan mereka tetapi menerusi kematian.

Suspek dikenali sebagai Giriraj telah ditahan polis selepas kejadian tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa, Bharti Kushwaha, 21, dan Naresh Kumar Singh, 24, ditemui dalam semak berhampiran balai polis Mania di Dholpur, Rajasthan pada pagi Ahad lalu. Agra berkongsi sempadan denga Rajasthan.

Pasangan muda itu dilaporkan hilang di sebuah lebuhraya Agra-Gwalior di bandar Nagla Laljeet sejak Sabtu lepas.

Menurut polis, mayat pasangan itu dicekik menggunakan selendang atau dupatta dan terdapat kesan pukulan teruk pada badan kedua-dua mangsa.

Polis Dholpur telah mengedarkan gambar kedua-dua mangsa ke beberapa balai polis untuk mengenalpasti identiti mereka selain polis di Agra turut berkongsi gambar Bharti selepas ahli keluarganya melaporkan kehilangannya pada Ahad lalu.

Sepasukan polis telah pergi ke Nagla Laljeet untuk mengambil keterangan sebelum dimaklumkan penduduk kampung bahawa pasangan itu menjalinkan hubungan cinta.

Seorang pegawai polis yang terlibat dalam penyiasatan kes itu berkata, mereka diberitahu penduduk bahawa Giriraj membantah hubungan anak perempuannya dengan teman lelakinya.

"Pasangan itu juga dikatakan berkomunikasi dalam WhatsApp lebih kerap untuk beberapa jam setiap hari yang mencetuskan kebencian bapanya yang mencari jodoh sendiri untuk anak perempuannya," katanya.

Polis juga menjejaki imej Giriraj dalam kamera litar tertutup (CCTV) dari plaza tol lebuh raya Agra-Gwalior pada malam Sabtu tetapi dinafikan suspek dalam penyiasatan dengan alasan tidak pernah pergi ke Dholpur.

Maklumat terperinci panggilan yang dibuat oleh pasangan itu juga mendedahkan penglibatan bapa Barthi dalam pembunuhan berganda.

"Kami telah menahan keluarga mangsa, Bharti termasuk bapanya dan telah membuka laporan maklumat pertama (FIR)," kata Ratan Singh, Pegawai Kanan Polis Mania (Dholpur).

- Agensi

No comments