Ngeri!!...Bawa Muatan Berlebihan Dan Brek Mengejut Membawa Padah
Beijing: Seorang pemandu lori terbunuh selepas paip besi yang dibawanya menggelungsur dan menujah belakang kepala lori selepas dia membrek secara mengejut.
Lori itu yang dalam perjalanan ke bandar Chuzhou di timur wilayah Anhui disahkan polis membawa muatan berlebihan.
Kata polis, pemandu yang dikenali Liu, maut serta merta di tempat kejadian.
Satu rakaman video dari sebuah kenderaan berhampiran menunjukkan kepala lori itu remuk dalam tempoh beberapa saat akibat dihempap paip besi berkenaan.
Tujahan daripada paip besi itu juga menyebabkan kepala lori itu tercabut.
Pemandu itu dilaporkan dalam perjalanan menghantar besi ke sebuah kilang dengan membawa 31 peratus lebihan muatan daripada yang dibenarkan.
Pemandu berusia 53 tahun berkenaan tidak memperlahankan kenderaannya ketika menghampiri lampu isyarat dan bertindak menarik brek kecemasan.
Tindakan itu menyebabkan semua paip besi yang dibawa menggelungsur dan menujah bahagian depan lori berkenaan. - Agensi
-hmetro
Liu, maut serta merta di tempat kejadian |

No comments
Post a Comment