Terkini

Tertusuk Pagar Rumah, Seorang Kanak-kanak Cedera DiMata

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas mata kanannya tertusuk pagar rumahnya dalam kejadian dekat sini lewat petang kelmarin.

Tertusuk Pagar Rumah, Seorang Kanak-kanak Cedera DiMata
Kanak-kanak tersebut menerima rawatan kecemasan dari pihak bomba

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 petang di kawasan perumahan Taman Bahagia, Tanjung Rambutan dekat sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.54 petang mengenai kejadian itu.

"Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh diketuai Ketua Operasi, Jamaludin Mohd Amin, bergegas ke tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya terus memotong besi pagar di rumah mangsa itu menggunakan pemotong wayar.

Katanya, sebaik besi pagar itu berjaya dipotong, pihaknya memberi rawatan kecemasan kepada kanak-kanak itu sementara menunggu kedatangan ambulans.

Beliau berkata, sebaik ambulans tiba, pihaknya menyerahkan kanak-kanak itu yang kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, operasi itu berakhir sepenuhnya pada jam 7.43 malam.

- bharian.

No comments