Terkini

Kaedah Bersalin Dalam Air Perlu Dihentikan - Arahan Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan mengeluarkan pekeliling kepada sebuah hospital swasta supaya menghentikan perkhidmatan bersalin dalam air.

Kaedah Bersalin Dalam Air Perlu Dihentikan - Arahan Kementerian Kesihatan

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran, berkata keputusan itu berdasarkan pandangan pakar kerana sehingga kini, tiada bukti saintifik yang menunjukkan kaedah bersalin cara berkenaan selamat.

"Kita perlu mempunyai garis panduan mengenainya (bersalin dalam air) sebelum kaedah itu boleh dipraktikkan oleh hospital. Jika ada bayi lahir dan meninggal dunia atau sesak nafas, siapa yang akan bertanggungjawab," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam. Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan sebuah hospital swasta menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan supaya menghentikan perkhidmatan bersalin dalam air.

Dr Jeyaindran berkata, pihaknya juga akan mengeluarkan pekeliling sama jika ada hospital lain yang turut menawarkan kaedah bersalin cara itu. "Kita tidak perlu tunggu ada insiden (sebelum mengeluarkan arahan). Kita perlu ada garis panduan untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi," katanya.

BHonline

No comments