Nak Sado Sebelum Raya? Jom Try Baju Ni
‘Baju sado’ yang tengah hangat di media sosial masa kini dinafikan digayakan untuk menipu diri sendiri.
Pemilik akaun Superior14 Malaysia yang juga pemilik premis Happy Supplement Store di Kuantan Pahang, Mohd izuwan Moktar, 29, menjelaskan kewujudan ‘baju sado’ itu sudah lama di pasaran luar negara.
Malah pengenalan produk itu, boleh didapati di internet. Begitupun, jelas Izuwan, pemakaian ‘baju sado’ sebenarnya bagi mengatasi kurang keyakinan bagi mereka yang terlalu kurus dan juga bagi lelaki yang mengalami masalah ‘man boobs’.
“Ia bukanlah menyebabkan anda menjadi ‘sado’ sehingga mempunyai susuk tubuh dengan otot berketul-ketul. Tetapi ia cuma memberikan anda berdada bidang,” jelas Izuwan lagi.
Katanya lagi, dia masih dalam peringkat memesan stok baju berkenaan daripada sumber yang tidak didedahkan. Proses pemesanan itu juga, mengambil sedikit masa dan dijangka akan tiba selepas cuti hari raya nanti.
Izuwan memaklumkan, dia tidak menyangka, dia menerima lebih 200 mesej di Whatapps oleh mereka yang berminat untuk mengetahui tentang produk berkenaan.
‘Baju sado’ yang dilengkapi span pada dada dan lengan ini, diperbuat daripada material ‘lycra’ dan didatangkan dengan pelbagai saiz, S, M dan L. Varian itu memberikan peluang kepada pengguna untuk memilih ‘baju sado’ yang lebih sesuai.
Artikel Asal - Wanista

No comments
Post a Comment