Video : Budak Lelaki Tercampak Dirempuh Kereta Nyaris Maut Dilanggar Bas
SEBUAH video memaparkan seorang budak lelaki dilanggar sebuah kereta kerana tindakannya melintas jalan secara melulu kini viral di Singapura.
Rakaman yang turut dikongsikan di laman web Stomp itu menunjukkan seorang budak lelaki berlari menyeberangi jalan secara tiba-tiba, meyebabkan pemandu sebuah kereta berwarna kelabu tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh mangsa.
Akibatnya budak lelaki yang memakai t-shirt berwarna hijau dan berseluar pendek itu tercampak dan nyaris dilanggar bas dari arah bertentangan.
Dalam keadaan cemas budak lelaki tersebut dilihat meraba-raba dadanya dan terduduk lemah sebelum orang ramai datang dan ada antara mereka menuding jari ke arah pemandu kereta terbabit seolah-olah menyalahkannya.
Adalah tidak adil untuk menyalahkan pemandu kenderaan sahaja apabila pejalan kaki tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya.
Justeru dengan tersebarnya video seumpama ini, diharapkan para ibu bapa lebih menitikberatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan anak-anak mereka agar tidak berlaku kejadian tak diingini.
Video yang dimuatnaik oleh Suzy Adorabella Lyliana di Facebook ini telah dikongsi lebih 15 ribu dan menerima tontonan lebih 370 ribu.

No comments
Post a Comment