VIDEO : Belum Sampai Ajal, Tembakan Abang Terkena Loket
Seorang wanita terselamat daripada maut selepas peluru yang dilepaskan daripada sepucuk pistol oleh abangnya terkena loket yang dipakainya, dalam satu kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh.
Insiden itu berlaku selepas Mohammad Nayeem dilaporkan mahu membunuh adiknya, Shabnam, disebabkan wanita itu menolak perkahwinan yang diatur oleh keluarga mereka sebaliknya memutuskan untuk berkahwin atas dasar cinta.
Berang dengan adiknya itu, Mohammad Nayeem nekad mahu membunuh Shabnam demi menjaga maruah keluarganya. Baginya hanya dengan kematian adiknya itu barulah maruah keluarga mereka akan ditebus.
Menurut polis, dia melepaskan tembakan itu selepas balik dari masjid.
Doktor yang merawat Shabnam berkata jika peluru itu tidak terkena loket berkenaan sudah tentu wanita itu tidak mempunyai harapan untuk hidup.
Dia bagaimanapun tetap dirawat di hospital walaupun hanya mengalami kecederaan ringan.

No comments
Post a Comment