Abu Ammar yang menderita sakit misteri telah meninggal dunia
IPOH: Pemuda yang menderita tangan membengkak luar biasa akibat barah tulang tahap empat, Abu Ammar Mustaqim Abu Bakar, meninggal dunia.
Bekas pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar (PUO) itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Pemergian Allahyarham berusia 22 tahun tidak sampai 24 jam selepas diziarahi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak Rosmahwati Ishak, di kediaman keluarganya di Anjung Bercham Elit, di sini. Dalam kunjungan itu Rusnah berjanji membantu Abu Ammar yang menderita penyakit itu.
Bapanya, Abu Bakar Ali, 52, berkata Abu Ammar dikejarkan ke HRPB jam 10 malam tadi selepas keadaannya kelihatan pucat. "Apabila melihat dia pucat termasuk bibirnya kami membawanya ke hospital, namun anak saya meninggal dunia jam 5 pagi tadi.
"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia kelihatan sangat letih," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Abu Bakar berkata, jenazah anaknya dimandi dan dikafankan di HRPB pagi tadi dan dibawa ke Kampung Bukit Setiu di Terengganu, untuk dikebumikan di sana.
Beliau turut meminta sesiapa yang berhasrat mahu menderma bagi membantu anaknya supaya tidak berbuat demikian kerana anaknya itu sudah pergi buat selama-lamanya.
BH hari ini turut menyiarkan kisah derita Abu Ammar, yang menyebabkannya hanya terlantar dan tidak mampu bergerak.
Dia terjatuh ketika bermain futsal pada April lalu menyebabkan tangannya berasa sakit dan bertambah buruk kira-kira empat bulan kemudian apabila bahagian bahu membengkak dan semakin membesar hingga bengkak itu luar biasa. Ketika ditemui semalam, Abu Ammar mengakui bengkak pada tangannya lebih berat daripada bola boling.
Sumber - BHarian
Abu Ammar yang menderita sakit misteri telah meninggal dunia |

No comments
Post a Comment