Terkini

Selepas trak Mack, kini Sultan Johor beli Boeing Business Jet (BBJ) 737/800

KUALA LUMPUR: Selepas trak Mack yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Oktober lalu menjadi kebangaan rakyat Johor, kini baginda didakwa baharu sahaja membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800.

Selepas trak Mack, kini Sultan Johor beli Boeing Business Jett (BBJ) 737/800
Pesawat peribadi didakwa milik Sultan Johor

Menurut sumber penerbangan, pesawat peribadi tersebut kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Baharu.

Tambah sumber itu lagi, pesawat peribadi tersebut dibina dengan ciri khas dimana ia mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh Sultan Johor dan berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.

Menerusi gambar yang dikongsi, pesawat peribadi itu mempunyai jalur bewarna biru dibahagian tepi, manakala warna utama adalah keemasan, selain terdapat logo bendera Johor di bahagian badan pesawat itu.

Bagaimanapun, harga pesawat peribadi itu tidak dimaklumkan. Namun berdasarkan harga pasaran, pesawat tersebut dianggarkan berharga sekitar USD 96 juta (RM 405,993,600).

Berdasarkan laporan Airliner.net, BBJ adalah pesawat peribadi korporat jarat jauh yang dihasilkan selepas Boeing siri 737-700 dan 800.

Pesawat BBJ menggabungkan rangka Next Generation 737-700 termasuk sayap yang telah diperkukuhkan, fiuslaj dibahagian tengah dan gear pendaratan yang lebih besar dan berat berbanding siri 737-800, dengan dianggarkan 3 ke sepuluh muatan tangki minyak simpanan.

Terdahulu, Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah dihadiahkan sebuah jet oleh Sultan Ibrahim.



- mD

No comments