Guru terkejut melihat bumbung tabika tempat dia mengajar runtuh
KEMAMAN – Seramai dua guru, 25 murid dan seorang pembantu tabika terkejut sebaik melihat bumbung kelas terbuka Tabika Kemas Titian Berayun, Kijal, di sini, runtuh, sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian pada kira-kira jam 7.10 pagi semalam.
Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS) Tabika Kemas Titian Berayun, Norasidah Yusoff, 32, berkata, dia tiba lebih awal ke lokasi kejadian dan pada awalnya berasa pelik melihat keadaan tabika berkenaan.
"Saya terperanjat melihat bumbung kelas terbuka runtuh dan tidak berani masuk ke dalam tabika. Saya tunggu di luar sehingga yang lain tiba," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Pemaju Masyarakat atau guru tabika, Nor Nabilla Showal Kamaruddin, 28, berkata, beliau telah melaporkan kejadian kepada pihak Kemas dan pihak berkaitan untuk mendapatkan kata putus sama ada meneruskan kelas atau tidak.
Katanya, setelah keputusan dicapai, beliau telah meminta kesemua ibu bapa serta penjaga agar membawa pulang anak-anak mereka berikutan keadaan berbahaya untuk meneruskan sesi pembelajaran.
"Setelah diperiksa, didapati bumbung kelas terbuka memang tidak kukuh. Pihak JKKK Kampung Titian Berayun dan Pejabat Dun Kijal juga telah dimaklumkan," katanya.
Tambahnya, pihak JKKK dan Pejabat Dun Kijal turut datang meninjau keadaan dan GiatMara Kijal turut membantu membersihkan sisa runtuhan.
Bapa seorang pelajar tabika yang enggan namanya disiarkan memberitahu, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12.45 tengah malam dan disedarinya kerana jarak rumahnya dari tabika berkenaan hanya kira-kira 100 meter.
"Saya dengar bunyi dentuman kuat dan pada mulanya saya ingat ada kemalangan. Kebetulan saya baru keluar rumah untuk hantar kawan balik ke rumahnya. Ketika melalui kawasan itu saya terkedu melihat bumbung kelas tabika runtuh," katanya.
Sementara itu, Penyelia Kanan Kemas Kemaman, Mohd Khalek Stapa ketika dihubungi memaklumkan, Kemas Negeri Terengganu bersetuju mengeluarkan bajet untuk baik pulih bumbung tersebut serta struktur lain.
Menurutnya, kerja baik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat dengan jangkaan siap dalam tempoh lebih kurang sebulan dan buat sementara waktu, murid akan ditempatkan di balai raya.
Sinar Online

No comments
Post a Comment