Jangan tutup Al Barakah jika jadi apa-apa kepada saya - Mohd. Kazim
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mahu pusat pengajian agamanya, Al Barakah tetap diteruskan sekiranya apa-apa berlaku kepadanya.
"Buat staf dan pelajar Al Barakah teruskan usaha selama ini, jangan mengalah, jangan lemah semangat dan kalau jadi apa-apa kepada saya jangan ditutup Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa saya," ujarnya dalam status terbaharu di media sosialnya hari ini.
Beliau mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital di Ipoh, Perak selepas diserang sakit jantung di Kelantan dan mengaku keadaan dirinya sekarang tidak berapa baik.
"Semalam sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat, dada pedih dan berdebar dengan kuat. Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap," ujarnya.
Menurut selepas kena serangan jantung di Kelantan, doktor memaklumkan tiga saluran arteri tersumbat 99 peratus, 90 peratus dan 50 peratus.
"Ada dua lagi saluran arteri yang belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung saya stabil," katanya lagi.
Beliau juga mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya ada kesalahan.
"Buat keluarga saya minta maaf, buat anak-anak ayah minta maaf sebab sangat kurang masa kita bersama. Harap anak-anak ayah faham," katanya sambil meluahkan perasaan rindu untuk kembali berjumpa dengan orang ramai seperti majlis ceramahnya sebelum ini.
Sebelum itu, doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian menasihatkannya supaya berehat sekurang-kurangnya enam minggu daripada aktiviti dakwah.--MalaysiaGazette
Mohd.
Kazim ketika menerima lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul
Kadir di sebuah hospital di Ipoh |

No comments
Post a Comment