Terkini

Miss Nora yang "panas" di Facebook dan Wechat akhirnya terjerat jua

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan wanita tempatan berusia 33 tahun yang menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan Facebook hasil serbuan di hotel di Melaka Raya Melaka Tengah, 11 malam Sabtu lalu.

Miss Nora yang "panas" di Facebook dan Wechat akhirnya terjerat jua
Miss Nora yang menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dan Facebook
ditahan Sabtu lalu 


Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, wanita yang berasal dari Pulau Pinang itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Miss Nora' menawarkan perkhidmatan seks pada harga RM300 hingga RM1,200 mengikut jam.

"Berdasarkan jadual pada iklan yang tersebar melalui laman sosial, wanita terbabit dipercayai mengelilingi Semenanjung Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan seks.

"Sabtu lalu kami mendapat aduan orang awam bahawa wanita itu singgah di negeri ini dipercayai untuk menawarkan khidmat seks," katanya.

Rahimin berkata, berdasarkan maklumat diperolehi pihaknya melakukan pemeriksaan di hotel terbabit dan menahan wanita berkenaan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, wanita yang menawarkan perkhidmatan serendah RM300 dan memasarkan aktiviti pelacurannya melalui penghantaran mesej menerusi WeChat itu dipercayai bergerak sendiri tanpa melibatkan ibu atau bapa ayam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan wanita yang dipercayai sedang menunggu pelanggan itu membuka pintu bilik hotel dengan berpakaian jarang berwarna merah lalu terkejut dengan kehadiran anggota JAIM.

"Pemeriksaan kemudian dilakukan di bilik itu dan kita menemui satu kondom yang sudah digunakan, 13 kondom belum digunakan, pelincir, wang tunai lebih RM6,000 dan dua telefon bimbit.

"Sebuah komputer riba mengandungi gambar wanita itu yang dipercayai digunakan untuk mengiklankan perkhidmatannya di WeChat turut ditemui dan diambil sebagai bahan bukti," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai rekod nikah di Johor Bahru 10 tahun lalu itu kini disiasat di bawah Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri.


-Mymetro

No comments