Tak habis-habis kes hina Sultan, kini GRO pula hina Sultan Jofor melalui FB
JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pelayan pelanggan (GRO) membuat kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam laman sosial Facebook membawa padah apabila ditahan polis awal pagi hari ini.
Wanita berusia 26 tahun itu ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Majlis Gabungan NGO Johor di Balai Polis Kempas di sini, pada jam 8.53 malam, 15 Disember 2015.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, suspek yang berasal dari Pontian dekat sini disyaki bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam di bandar raya ini.
Beliau berkata, suspek ditahan di tempat letak kereta, di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Sutera di sini, kira-kira 3 pagi hari ini.
"Pengadu pada 15 Disember tahun lalu ketika di sebuah kedai makan di Taman Putra di sini, ada membaca satu komen dimuat naik seorang wanita menggunakan nama 'Chinta Fina' yang dipercayai menghina Sultan Ibrahim.
"Komen itu dibuat sebagai respon kepada satu status yang menyentuh berkenaan isu vape," katanya.
Mohd. Taib berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. - K! ONLINE
Komen dimuat naik seorang wanita menggunakan nama 'Chinta Fina' yang dipercayai
menghina Sultan Ibrahim.. |
Wanita berusia 26 tahun itu ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat Pegawai Khas Majlis Gabungan NGO Johor di Balai Polis Kempas di sini, pada jam 8.53 malam, 15 Disember 2015.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, suspek yang berasal dari Pontian dekat sini disyaki bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam di bandar raya ini.
Beliau berkata, suspek ditahan di tempat letak kereta, di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Sutera di sini, kira-kira 3 pagi hari ini.
"Pengadu pada 15 Disember tahun lalu ketika di sebuah kedai makan di Taman Putra di sini, ada membaca satu komen dimuat naik seorang wanita menggunakan nama 'Chinta Fina' yang dipercayai menghina Sultan Ibrahim.
"Komen itu dibuat sebagai respon kepada satu status yang menyentuh berkenaan isu vape," katanya.
Mohd. Taib berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. - K! ONLINE
No comments
Post a Comment