Dah jodoh, masa kecil kahwin olok-olok, dah dewasa betu-betul kahwin
Kuala Lumpur: “Sejak kecil saya dan Tuty (isteri) berkawan baik sebab kami berjiran. Tak sangka apabila dewasa kami bertemu semula dan alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah biarpun pernah terpisah 11 tahun, jodoh kami tetap ada,” demikian kata Norman Ridzuan Abdul Muthalib, 27.
Norman Ridzuan adalah pemuda bertuah yang berjaya memperisterikan cinta pertamanya, Syafawati Razali, 27, seorang doktor pelatih yang dikenalinya sejak berusia empat tahun.
Kisah mereka ini menarik perhatian ramai netizen di laman sosial semalam sehingga menerima hampir 80,000 likes dalam sebuah portal selepas sekeping foto perkahwinan dan zaman kanak-kanak mereka dimuat naik oleh abang Norman Ridzuan.
Berkongsi kisah percintaan mereka, menurut pemilik sebuah pusat tuisyen di Jitra, Kedah itu, mereka mengenali antara satu sama lain semasa kecil kerana menetap di Alor Setar, Kedah sebelum terpisah selepas keluarga isterinya berpindah ke Kelantan pada usia mereka mencecah lapan tahun.
“Tuty adalah jiran sebelah rumah saya ketika itu. Ibunya adalah seorang guru dan ibu saya adalah pengasuh yang menjaga dia dan adik beradiknya.
Sumber-MyMetro
Norman Ridzuan Abdul Muthalib dan Shafawati sewaktu zaman kanak-kanak |
Norman Ridzuan adalah pemuda bertuah yang berjaya memperisterikan cinta pertamanya, Syafawati Razali, 27, seorang doktor pelatih yang dikenalinya sejak berusia empat tahun.
Kisah mereka ini menarik perhatian ramai netizen di laman sosial semalam sehingga menerima hampir 80,000 likes dalam sebuah portal selepas sekeping foto perkahwinan dan zaman kanak-kanak mereka dimuat naik oleh abang Norman Ridzuan.
Berkongsi kisah percintaan mereka, menurut pemilik sebuah pusat tuisyen di Jitra, Kedah itu, mereka mengenali antara satu sama lain semasa kecil kerana menetap di Alor Setar, Kedah sebelum terpisah selepas keluarga isterinya berpindah ke Kelantan pada usia mereka mencecah lapan tahun.
Norman dan Syafawati |
“Tuty adalah jiran sebelah rumah saya ketika itu. Ibunya adalah seorang guru dan ibu saya adalah pengasuh yang menjaga dia dan adik beradiknya.
Sumber-MyMetro
No comments
Post a Comment